Kira-kira 20 kenderaan rosak dihempap pokok akibat hujan lebat dan ribut di Cyber Valley, Dengkil pada 21 Februari 2022. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Amaran hujan lebat, ribut di Sabak Bernam dan Gombak hingga 8 malam

SHAH ALAM, 28 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di empat negeri termasuk Selangor sehingga 8 malam ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan amaran itu melibatkan daerah Sabak Bernam dan Gombak manakala tiga negeri lain di Perlis, Pahang dan Negeri Sembilan.

Selain itu, amaran sama turut dijangka di Perak, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga 7 malam ini.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :