MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor serta beberapa negeri.
AGENDABERITA UTAMANASIONALSELANGOR

Amaran hujan lebat, ribut petir seluruh Selangor sehingga 9 malam ini

SHAH ALAM, 15 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor serta Pulau Pinang sehingga jam 9 malam ini.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak serta Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau di Negeri Sembilan.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

 


Pengarang :