Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membantu kempen Pakatan Harapan pada Pilihanraya Negeri Melaka tahun lalu. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENDA NASIONAL

Amirudin bantu kempen calon KEADILAN di Johor

SHAH ALAM, 10 MAC: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turun padang membantu kempen jentera parti KEADILAN pada Pilihanraya Negeri (PRN) Johor pada hari ini dan esok.

Beliau yang juga pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor berharap rakyat akan memilih KEADILAN dan Pakatan Harapan supaya kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab dapat dibentuk di Johor.

“Insya-Allah saya akan bersama membantu jentera KEADILAN bagi pecutan akhir kempen PRN Johor yang akan berakhir 12 Mac ini.

“Semoga mandat rakyat Johor bersama KEADILAN dan Pakatan Harapan bagi membentuk kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab,” katanya di Twitter hari ini.

Menurut jadual yang dikongsi di  Facebook, Amirudin bakal berkempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) antaranya Larkin, Kempas, Tiram, Bukit Batu, Gambir, Bukit Naning, Semerah, Rengit dan Layang-Layang.

KEADILAN Selangor turut membantu kempen Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Negeri Melaka tahun lalu.

Seramai 239 calon bertanding di 56 kerusi DUN pada PRN Johor yang berlangsung Sabtu ini.


Pengarang :