Dato Seri Amirudin Shari (kiri) bersama calon DUN Bukit Batu Chiong Sen Serm menyantuni penduduk setempat ketika berkempen di DUN Bukit Batu, Kulai pada 11 Mac 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Amirudin santuni pengunjung pasar malam, bantu kempen calon KEADILAN

KULAI, 11 MAC: Menjelang hari mengundi sempena pilihan raya negeri (PRN) esok, Dato’ Seri Amirudin Shari berkempen untuk calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Johor petang tadi.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor itu meluangkan masa menyantuni pengunjung dan peniaga pasar malam di Taman Scientex di sini selain bertanya khabar.

Beliau turut memperkenalkan calon Bukit Batu Chiong Sen Serm, mengedar risalah dan pelitup muka serta bergambar bersama orang ramai yang teruja dengan kehadirannya.

Dato Seri Amirudin Shari bersama calon DUN Bukit Batu Chiong Sen Serm menyantuni penduduk setempat ketika berkempen di DUN Bukit Batu, Kulai pada 11 Mac 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Mengunjungi lebih 40 gerai jualan di situ, Amirudin sempat membeli juadah apam balik dan jagung bakar untuk dinikmati bersama penduduk setempat di kedai berhampiran.

Beliau juga memperkenalkan Sen Serm kepada orang ramai yang berada di kedai sama ketika itu.

Dalam PRN esok, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu itu berdepan saingan empat penjuru bersama Lee Ming Wen (Warisan), Tan Heng Choon (PN) dan Suppayah Solaimuthu (Barisan Nasional).

Kerusi itu sebelum ini dimenangi Jimmy Puah Wee Tse (KEADILAN) dengan majoriti 10,057 undi.


Pengarang :