Tiada lagi kuarantin wajib kepada pengunjung ke Arab Saudi.
AGENDANASIONAL

Arab Saudi mansuh semua sekatan Covid-19

RIYADH, 23 MAC: Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan pemansuhan semua sekatan Covid-19, termasuk kuarantin wajib bagi semua pengunjung ke negara itu.

Menerusi catatan di akaun Twitter rasminya pada Isnin, sekatan yang dimansuhkan termasuk penyerahan sijil vaksinasi Covid-19 dan ujian PCR, sebelum atau semasa ketibaan di Arab Saudi.

Langkah itu diambil susulan penurunan kes dan kadar vaksinasi mencapai 99 peratus untuk semua penduduk berumur 12 tahun ke atas.

– BERNAMA


Pengarang :