Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Asnaf Selangor ditawar 5,873 peluang kerja dalam sektor ladang

SHAH ALAM, 21 MAC: Golongan asnaf di negeri ini dipelawa menghadiri sesi temu duga untuk bekerja dalam sektor perladangan bersama Sime Darby Plantation Berhad.

Tawaran khas untuk asnaf berdaftar bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS) diadakan di Masjid At-Taqwa Kampung Bukit Kapar, Klang pada 26 Mac dari 9 pagi hingga 4 petang.

Menurut kenyataan di Facebook rasmi LZS, sebanyak 5,873 kekosongan berserta latihan ditawarkan di seluruh negara dengan gaji permulaan RM1,200.

Mereka juga ditawarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Skim Insurans Pekerjaan.

“Faedah lain termasuk penyediaan tempat tinggal di ladang, perubatan, bantuan persekolahan tahunan dan pengangkutan anak-anak, pusat jagaan, token raya dan cuti tahunan serta insentif permulaan pekerjaan,” kata agensi itu.

Golongan asnaf yang berminat boleh mendaftar di https://bit.ly/Uitm-Simedarby-LZS.


Pengarang :