Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap dalam majlis Selangor Bertadabbur di Masjid Al Khairiah, Gombak pada 25 Mac 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Bantu sambut Aidilfitri, Selangor belanja lebih RM2 juta agih baucar beli-belah

KAJANG, 26 MAC: Lebih RM2 juta dibelanja untuk menjayakan program Jom Shopping sempena Aidilfitri bagi membantu golongan tertentu menyediakan keperluan hari raya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata setiap penerima mendapat baucar beli-belah bernilai RM100 dan agihan sudah dilakukan secara berperingkat.

“Tahun ini sebanyak RM8 juta dikhaskan untuk program Jom Shopping semua perayaan. Sempena Aidilfitri tahun ini, purata setiap Dewan Undangan Negeri akan beri baucar kepada 300 hingga 400 individu.

“Wakil rakyat sudah kenal pasti penerima layak. Kebiasaanya proses agihan lebih banyak dibuat pada minggu akhir menjelang sambutan Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis ramah mesra bersama jawatankuasa Masjid Baiturrahman Alam Sari, di sini hari ini.

Jom Shopping Raya diperkenalkan Kerajaan Negeri yang menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Serahan bantuan dibuat melalui pusat khidmat masyarakat di kawasan masing-masing mengikut komponen utama kaum dan sambutan perayaan.


Pengarang :