Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan Shah Alam On Wheels di lokasi tertentu pada hujung minggu untuk kemudahan orang ramai berurusan. Foto Facebook MBSA
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Bayar kompaun, cukai taksiran MBSA di Lotus’s Setia Alam pada Sabtu

SHAH ALAM, 23 MAC: Orang ramai boleh menyemak dan membayar cukai taksiran serta kompaun di pejabat bergerak Shah Alam On Wheels di parkir pusat beli-belah Lotus’s Setia Alam, Seksyen U13 pada Sabtu ini.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan kemudahan lain termasuk kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan penjaja serta jualan buku pelan setara mulai 11 pagi hingga 5 petang.

Menurut Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya Shahrin Ahmad, platform itu memudahkan orang ramai berurusan pada hujung minggu tanpa perlu ke kaunter.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh hubungi talian 013-3380551.


Pengarang :