Pemakluman mengenai status bekalan air di Gombak dan Kuala Lumpur. Foto Facebook Air Selangor
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Bekalan air di Gombak, Kuala Lumpur pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 31 MAC: Bekalan air di 144 kawasan sekitar Gombak dan Kuala Lumpur pulih sepenuhnya jam 9 malam ini.

Perkembangan itu dimaklumkan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi Facebook sebentar tadi.

“Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya.

Terdahulu, kerja pembaikan akibat injap bocor di Warta Lama, Jalan Kuching yang menjejaskan kawasan berkenaan siap dilaksanakan jam 2 pagi tadi.

Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.


Pengarang :