Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor (DNS) Keempat Belas Tahun 2022 di Bangunan Annex pada 14 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Catat kutipan hasil RM2.27 bilion, terus giat cari sumber baharu

SHAH ALAM, 14 MAC: Usaha untuk mengekalkan Selangor sebagai negeri berdaya huni dan destinasi pilihan utama pelabur diteruskan dalam Belanjawan 2022.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor turut menghargai komitmen jabatan dan agensi negeri untuk mencapai prestasi baik dengan memperoleh kutipan hasil RM2.27 bilion tahun lalu.

“Bagi 2022, kerajaan Beta membuat anggaran kutipan hasil sebanyak RM2.05 bilion, menurun berbanding an anggaran tahun lepas susulan pandemik Covid-19 yang berlarutan sejak Mac 2020.

“Namun, kerajaan Beta sentiasa mengambil langkah proaktif dalam memastikan kutipan hasil dapat ditingkatkan termasuk mencari sumber hasil baharu yang lebih lestari dan berterusan,” titah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Baginda bertitah demikian sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor ke-14 di sini hari ini.

Persidangan dijadual berlangsung selama dua minggu sehingga 25 Mac.

 


Pengarang :