Petugas kesihatan Klinik Selcare melakukan ujian calitan ke atas peserta program Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Alamanda Seksyen 20, Shah Alam pada 28 Mei 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19: Jangkitan harian turun 13,336 kes, kategori serius 111 kes

SHAH ALAM, 29 MAC: Kes harian Covid-19 merekodkan penurunan dengan 13,336 kes dicatatkan semalam berbanding 16,683 kes hari sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes kategori serius iaitu 3, 4 dan 5 tetap rendah iaitu 111 kes atau 0.83 peratus manakala kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan) adalah 13,225  kes atau 99.17 peratus.

“Ketika ini negara merekodkan sebanyak 220,872 kes aktif dengan sebanyak 214,723 daripadanya menjalani pengasingan di rumah.

“Bilangan kes yang menjalani rawatan di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC) pula sebanyak 873 kes manakala 4,988 kes lagi dirawat di hospital,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebanyak 25,552 kes sembuh dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh 3,896,489 kes.

Berikut adalah pecahan pesakit mengikut kategori yang dicatatkan semalam:

• Kategori 1: 6,885 kes (51.63 peratus)
• Kategori 2: 6,340 kes (47.54 peratus)
• Kategori 3: 43 kes (0.32 peratus)
• Kategori 4: 32 kes (0.24 peratus)
• Kategori 5: 36 kes (0.27 peratus)

 


Pengarang :