BUDAYARENCANA

Dan kau akan selamat

Malam sedang makanku hidup-hidup. Seseorang
kelemasan. Tutup telinga. Jangan dengar suara-suara. Ingatan menyerang
dari lagu, bunyi, bau. Degup jauh
bersisa kebisuan. Pejam. Jangan melihat ke
dalam kelam. Jangan selongkar tidurmu.
Dan kau akan selamat. Dan kau akan—
selamat. Gemintang berderai ke dalam kamar.
Buku-buku berjatuhan dari rak. Langit terkatup.
Doa tertutup. Jangan raba mimpi-mimpi.
Tangan akan luka. Kau akan binasa. Lupakan
cinta pandang pertama. Dan selepasnya.
Lupakan segala.
Jangan sentuh dahi. Emak jangan
aku takut demam. Emak aku nak
kembali kanak
aku sunyi
aku tak dapat tidur. Emak
betapa berani matahari. Emak
aku takut pada pagi.

 

Karim Mohd


Pengarang :