Keadaan rumah mangsa yang hangus dijilat api dalam kebakaran di Kampung Rantau Panjang, Klang pada 19 Mac 2022. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

Dua keluarga mangsa kebakaran di Klang terima bantuan LZS

SHAH ALAM, 22 MAC: Dua keluarga yang terbabit dalam insiden kebakaran di Kampung Rantau Panjang, Klang Sabtu lalu terima bantuan kecemasan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Ketua divisyen komunikasi korporatnya berkata bantuan disalur bagi meringankan beban Razis Ma’at, 38, dan Nor Hafiz Azam Ismail, 38, sekeluarga selepas menerima khabar duka dari penghulu kampung terbabit.

“Bantuan kecemasan berbentuk kewangan dikreditkan ke akaun masing-masing. Bantuan susulan akan diserahkan bergantung status pemilikan rumah dan tahap kerosakan.

“Berdasarkan siasatan, keluarga Razif menetap di rumah sendiri manakala seorang lagi menyewa kediaman berkenaan. Kami mendoakan agar mangsa sentiasa bersabar dan tabah dalam mendepani ujian ini,” kata Datin Norajun Ainun Mohd Hashim kepada Selangorkini.

Sementara itu, LZS melalui Facebook memaklumkan insiden pada jam 8 malam itu mengakibatkan kedua-dua rumah keluarga berkenaan musnah sekelip mata.

Menurutnya api marak dari pusat cuci kereta berhampiran sebelum merebak ke rumah mangsa, namun punca kebakaran masih dalam siasatan.

“Bagaimanapun, mangsa memanjatkan kesyukuran kerana tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa yang berlaku,” kata agensi itu.


Pengarang :