Foto Facebook Lim Yi Wei
ADNSELANGOR

DUN Kampung Tunku tawar baucar beli-belah Aidilfitri, tarikh tutup 8 April

SHAH ALAM, 29 MAC: Wakil rakyat Kampung Tunku mempelawa penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut mendaftar program Jom Shopping Raya sehingga 8 April ini .

Lim Yi Wei menerusi Facebook memaklumkan pendaftaran Jom Shopping Raya DUN Kampung Tunku itu khas untuk mereka berpendapatan isi rumah kurang RM2,000.

Antara kriteria lain juga ialah penduduk bukan penerima manfaat program Skim Mesra Usia Emas atau Kasih Ibu Smart Selangor (Kiss).

Penduduk yang ingin berdaftar diminta membawa kad pengenalan diri dan pasangan beserta salinan slip gaji.

Pendaftaran boleh dibuat di pusat khidmat masyarakat ADN Kampung Tunku yang beralamat di 24, Jalan 20/9, Taman Paramount, Petaling Jaya.


Pengarang :