Foto Facebook Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pandan Indah – YB Izham Hashim
ADNSELANGOR

DUN Pandan Indah tawar baucar beli-belah RM100 sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 19 MAC: Warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah dipelawa memohon baucar beli-belah RM100 secara dalam talian sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Tawaran bermula semalam hingga 4 April berdasarkan siapa cepat dia dapat, khusus untuk pengundi kawasan terbabit berumur antara 18 hingga 60 tahun.

Menurut Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pandan Indah di Facebook, pemohon juga mestilah warganegara selain berpendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

“Hanya seorang penerima sahaja layak menerima baucar bagi setiap keluarga,” katanya memaklumkan pemohon berjaya akan dihubungi melalui panggilan telefon.

Syarat lain ditetapkan ialah pemohon bukan penerima Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) atau
Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://forms.gle/tHhKixpDHtZvfeqW9. Orang ramai juga boleh menghubungi talian 019-2855558 untuk pertanyaan.

 


Pengarang :