ADNBERITA UTAMASELANGOR

DUN Sungai Ramal tawar baucar beli-belah RM100 sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 19 MAC: Warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal berpendapatan RM3,000 ke bawah dipelawa memohon baucar beli-belah RM100 sempena Hari Raya Aidilfitri.

Wakil rakyatnya Mazwan Johar berkata permohonan Jom Shopping sehingga 25 Mac terbuka kepada penduduk tempatan beragama Islam dan pengundi kawasan berkenaan.

“Borang permohonan boleh diperolehi di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Ramal. Tarikh tutup permohonan adalah 25 Mac ini,” katanya di Facebook.

Bagaimanapun, beliau berkata penerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor dan Skim Mesra Usia Emas tidak layak memohon untuk baucar berkenaan.

Pemohon hanya perlu mengemukakan salinan kad pengenalan dan penyata atau akuan pendapatan.


Pengarang :