Azmani Anwar, 39 menggunakan aplikasi Smart Selangor Parking ketika tinjauan Selangorkini di Seksyen 9, Shah Alam pada 10 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

E-kupon bermula 1 April, muat turun aplikasi parkir digital segera

SHAH ALAM, 26 MAC: Orang ramai digalakkan memuat turun aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) bagi memudahkan pembayaran secara digital (e-kupon) sepenuhnya mulai 1 April.

Aplikasi SSP boleh dimuat turun di Google Playstore, Appstore atau Huawei store.

“Jom sama-sama muat turun aplikasi Smart Selangor Parking yang tentunya mudah, cepat dan selamat,” kata pengendali aplikasi itu di Facebook rasminya.

EXCO Kerajaan Tempatan memaklumkan pemegang kupon kertas gores perlu mendaftar sebagai pengguna SSP untuk memindahkan baki nilai kupon kepada kredit mulai hari ini.

Ng Sze Han menjelaskan inisiatif itu diputuskan selepas mengambil kira kebimbangan mereka yang berdepan kerugian berikutan sistem berkenaan dikuat kuasa seminggu lagi.

Untuk rekod, aplikasi SSP menjimatkan 1,041,221 kilogram kertas sejak diperkenalkan pada 2018. Sehingga kini, SSP mempunyai 1,963,241 pengguna berdaftar.


Pengarang :