Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan dan Publisiti Yide, Md Arifin Jaafar menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sungai Plong, Sungai Buloh pada 22 Mac 2022. Foto Yide
AGENSISELANGOR

Empat keluarga mangsa kebakaran di Sungai Buloh terima bantuan Yide

SHAH ALAM, 23 MAC: Empat keluarga mangsa kebakaran di dua kawasan di Sungai Buloh menerima bantuan segera daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide), semalam.

Yide memaklumkan sumbangan pertama diberikan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sungai Plong yang terbabit dalam kejadian itu pada jam 1 pagi, Isnin lalu.

“Sumbangan berbentuk wang tunai dan barang keperluan asas harian diserahkan oleh Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan dan Publisiti, Md Arifin Jaafar kepada mangsa yang terlibat,” katanya di Facebook.

Menerusi hantaran yang berbeza, Yide berkata sumbangan kedua diberikan kepada tiga keluarga di Kampung Paya Jaras Tengah yang terbabit dalam kebakaran pada jam 9.30 pagi, Ahad lalu.

“Kejadian kebakaran yang berpunca akibat litar pintas itu memusnahkan keseluruhan harta benda, namun tiada kemalangan jiwa yang berlaku,” katanya.

Yide mengalukan kepada orang ramai yang ingin menyalurkan sebarang maklumat berkaitan musibah, malapetaka dan bencana alam boleh menghubungi Eksekutif Kebajikan YIDE di talian 017-7569476.


Pengarang :