(Gambar hiasan) Sekumpulan lembu berkeliaran di Taman Medan, Petaling Jaya pada 14 Januari 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDAEXCOSELANGOR

EXCO: Proses pindah lembu ke lokasi penempatan baharu bermula Jun

SHAH ALAM, 23 MAC: Proses pemindahan lembu ke tempat penempatan semula (translokasi) di Olak Lempit, Kuala Langat akan dilaksanakan seawal Jun ini.

EXCO pemodenan pertanian dan industri asas tani berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh beliau sendiri, semalam.

“Pagi ini saya mempengerusikan mesyuarat bagi persiapan terakhir bekalan elektrik, air dan perkara-perkara berkaitan untuk pembukaan tempat penempatan semula (translokasi) penternakan lembu di Olak Lempit, Kuala Langat.

“InsyaAllah, kerja-kerja pemindahan penternakan lembu akan dilakukan seawal Jun ini,” kata Ir Izham Hashim di Facebook.

Pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) 17 Mac lalu, Izham berkata Kerajaan Negeri sedang mengenal pasti beberapa kawasan translokasi bagi menempatkan lembu terbiar dan berkeliaran hingga boleh membahayakan orang ramai.

Beliau berkata, ketika ini fasa kedua pembinaan kawasan penempatan semula lembu di Olak Lempit itu sedang dilaksanakan, namun ia tidak mampu menampung jumlah lembu terbiar.


Pengarang :