Gempa bumi dilaporkan berlaku di selatan Sumatera, Indonesia pada 14 Mac 2022. Foto Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia
AGENDANASIONAL

Gempa bumi landa Sumatera, gegaran dirasai beberapa negeri termasuk Selangor

KUALA LUMPUR, 14 MAC: Gempa bumi kuat berukuran 6.7 pada skala Richter melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada 5.09 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berlaku pada kedudukan 89 kilometer (km) barat laut dari Siberut, Indonesia dengan kedalaman 10 km.

“Gegaran dirasai di bahagian barat Semenanjung terutama Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu menerusi ciapan di Twitter, MetMalaysia memaklumkan gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter turut melanda Selatan Sumatera pada 5.38 pagi, 79 km dari Siberut, Indonesia.

Gempa bumi itu juga tidak membawa ancaman tsunami kepada negara.

— BERNAMA

 

 


Pengarang :