Ahli Dewan Negeri Seri Setia, Halimey Abu Bakar menyampaikan sumbangan kepada waris sukarelawan DUN Seri Setia yang telah meninggal dunia ketika Majlis Makan Malam Tautan Kasih DUN Seri Setia di Empire Hotel, Subang Jaya pada 26 Mac 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Hargai jasa bantu penduduk, 200 sukarelawan Seri Setia dirai

SUBANG JAYA, 27 MAC: Seramai 200 penduduk pelbagai bangsa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia yang aktif sebagai sukarelawan diraikan dalam satu majlis malam tadi.

Ahli Dewan Negeri Halimey Abu Bakar berkata antaranya ahli Penggerak Belia Selangor, jawatankuasa penduduk, majlis perwakilan penduduk serta Pusat Wanita Budaya.

“Kita turut hargai balu dan waris sukarelawan yang meninggal dunia dengan menyerahkan sedikit sumbangan.

“Jasa dan pengorbanan semua sukarelawan ini cukup besar dalam membantu penduduk sekitar terutama ketika pandemik Covid-19 melanda,” katanya berucap di Majlis Makan Malam Tautan Kasih DUN Seri Setia.

Majlis diadakan di Hotel Empire Subang itu juga sebagai simbolik menyambut kedatangan Ramadan minggu depan selain merapatkan silaturahim penduduk.

Selain jamuan makan, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan kumpulan pemuzik jalanan dan acara cabutan bertuah.

Ahli Dewan Negeri Seri Setia, Halimey Abu Bakar menyatuni tetamu yang hadir ketika Majlis Makan Malam Tautan Kasih DUN Seri Setia di Empire Hotel, Subang Jaya pada 26 Mac 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :