Usahawan Hijrah Muhammad Rahmad Misnan, 33, dan isteri Elly Yanti Anasrudin, 36, (kiri) menjual Kopi Cedok di Taman Sri Gombak, Gombak pada 31 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Hijrah lahir 92 usahawan di Gombak, ramai belia sertai program

GOMBAK, 31 MAC: Seramai 92 usahawan dilahirkan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) cawangan Gombak menerusi skim Zero To Hero sejak diperkenal pada 2016.

Pengurusnya, Fatin Syafiqa Abdul Manap berkata daripada jumlah itu golongan belia yang menganggur dan hilang pekerjaan paling ramai memohon skim berkenaan.

“Daripada jumlah itu ada 52 usahawan yang masih aktif di bawah pemantauan Hijrah, sebahagian besar mereka ini diberhentikan kerja dan belia lepasan universiti yang tidak mendapat pekerjaan.

“Selain itu seramai 10 individu telah dibantu akibat hilang pendapatan kesan pandemik Covid-19 baru-baru ini,” katanya kepada SelangorKini.

Pengurus Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) Gombak, Fatin Syafiqa Abdul Manap. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian selepas melawat usahawan Hijrah, Muhammad Rahmad Misnan di Taman Sri Gombak di sini, hari ini.

Program Zero To Hero melaksanakan konsep melatih dan memantau peserta yang dikendalikan syarikat peneraju terpilih.

Selepas tamat tempoh, peserta layak diberi peluang membuat permohonan pinjaman Hijrah sementara syarikat peneraju membekalkan peralatan dan bahan perniagaan.


Pengarang :