Pasukan Pantas Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menggerakkan usaha menyelamat dan memindahkan penduduk terjejas banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) pada 7 Mac 2022. Foto Facebook MBSJ
AGENDANASIONAL

Hujan lebat berserta ribut diramal melanda tiga daerah di Selangor, Kuala Lumpur

SHAH ALAM, 18 MAC: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor serta  Kuala Lumpur sehingga 1 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di Perak (Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Gua Musang) , Terengganu (Besut dan Hulu Terengganu) serta Pahang (Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin).

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka melanda Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin), Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi), Sarawak (Kapit, Bintulu dan Miri), Sabah (Nabawan, Tuaran, Tawau, Sandakan, Tongod, Kinabatangan) serta Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.


Pengarang :