Pegawai Operasi I-Seed Hulu Selangor Dinesh Selvarajoo menyerahkan peralatan kepada peniaga gerai makan S Rosmary pada 23 Mac 2022. Foto Facebook I-Seed
AGENDABERITA UTAMANASIONALSELANGOR

I-Seed: Peniaga gerai makan, kedai runcit terima bantuan alatan niaga

SHAH ALAM, 28 MAC: Dua peniaga di Hulu Selangor memperoleh bantuan alatan perniagaan bernilai RM13,400 menerusi inisiatif Indian Selangor Empowerment and Entrepreneurs Development (I-Seed) pada bulan ini.

Pegawai Operasi I-Seed Hulu Selangor Dinesh Selvarajoo berkata penerima pertama adalah peniaga gerai makan S Rosmary yang mendapat dapur keluli enam pintu serta peti sejuk beku bernilai RM6,600 pada 23 Mac lalu.

“Penerima kedua pula ialah peniaga kedai runcit K Yohgeswaran yang menerima dua jenis peti penyejuk beku bernilai RM6,800 pada 25 Mac lalu. Kedua-dua mereka membuat permohonan bantuan I-Seed pada Disember lalu,” katanya menerusi Facebook.

Sebelum ini EXCO pembangunan sosio ekonomi berkata sejumlah RM1 juta diperuntuk untuk menjayakan inisiatif itu yang disalurkan terus kepada penerima tanpa melalui orang tengah atau lantikan syarikat.

V Ganabatirau berkata lebih 250 permohonan untuk menyertai program I-Seed diluluskan setakat ini.

Permohonan boleh dibuat menerusi ketua komuniti atau ketua kampung. Mesyuarat bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan menilai dan meluluskan pemohon yang layak.

Pegawai Operasi I-Seed Hulu Selangor Dinesh Selvarajoo menyerahkan peti sejuk beku kepada peniaga kedai runcit K Yohgeswaran pada 25 Mac 2022. Foto Facebook I-Seed

Pengarang :