Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan persidangan Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex pada 23 Ogos 2021. Foto RADIN WAZIR
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Ikuti siaran langsung sidang dewan negeri, titah Sultan Selangor

SHAH ALAM, 14 MAC: Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung persidangan penuh Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-14 yang dijadualkan selama dua minggu mulai hari ini.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyempurnakan istiadat pembukaan yang boleh ditonton menerusi https://selangortv.my/ dan Facebook MediaSelangor

Laporan ucapan dan perbahasan wakil rakyat yang berlangsung di Bangunan Annex juga boleh diikuti melalui portal selangorkini.my

Semua termasuk wakil rakyat dan pengamal media disyarat lengkap dua dos vaksin dan membuat saringan sebelum hadir ke persidangan itu.

Isu yang dijangka dibahas ahli dewan antaranya belanjawan negeri, bencana banjir dan persediaan negeri menghadapi fasa endemik.

Speaker DNS Ng Suee Lim juga memberi jaminan semua wakil rakyat diberi masa secukupnya bagi membahas pelbagai isu kepentingan rakyat.

“Kita akan melaksanakan persidangan mengikut jadual selama dua minggu dan saya akan memberi masa secukupnya kepada semua wakil rakyat untuk berbahas,” katanya.

 


Pengarang :