EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Mohd Zawawi Ahmad Mughni menjawab soalan pada sidang Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Keempat Belas Tahun 2022 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 21 Mac 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Jais: Program pemantapan ilmu tingkat kualiti pegawai masjid, surau

SHAH ALAM, 21 MAC: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sentiasa menganjurkan pelbagai program pemantapan ilmu pengetahuan bagi semua pegawai masjid dan surau.

EXCO Hal-Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata program itu anjuran agensi itu disertai imam, bilal, bendahari, setiausaha selain melibatkan muslimah termasuk berkaitan pengurusan tanah perkuburan.

“Malah, sepanjang pandemik program pemahaman antaranya mengenai peraturan masjid, surau dan taklimat peraturan tauliah negeri diadakan secara dalam talian untuk jawatankuasa masjid,” katanya.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Taman Medan Syamsul Firdaus Mohamed Supri berhubung peningkatan kualiti pegawai masjid dan surau pada Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Mohd Zawawi turut memaklumkan ada imam yang dilantik kariah di sesetengah kawasan di negeri ini tidak memenuhi standard ditetapkan.

“Ini berikutan sesetengah kawasan didapati sukar bagi mencari imam berkebolehan dan baik.

“Namun, program pemantapan tetap dianjurkan pihak masjid dan Jais untuk menambah baik perkhidmatan dan kualiti imam-imam di Selangor,” katanya.

 


Pengarang :