Imej komputer yang dihasilkan oleh Nexu Science Communication bersama Kolej Trinity College di Dublin menunjukkan struktur model betakoronavirus, yang dikaitkan dengan Covid-19, dikongsi bersama REUTERS pada 18 Februari 2020.
AGENDANASIONAL

Jangkitan harian menurun bawah 20,000 kes lepas lebih sebulan

SHAH ALAM, 21 MAC: Angka jangkitan Covid-19 menurun kepada 19,105 kes semalam selepas lebih sebulan berada pada paras melebihi 20,000 kes.

Kali terakhir kes harian bawah 20,000 ialah pada 15 Februari membabitkan 19,108 jangkitan.

Ketua pengarah kesihatan menjelaskan sebanyak 18,912 kes atau 98.99 peratus dalam kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (bergejala ringan).

“Daripada kes yang dilaporkan, 193 kes (1.01 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Berikut perincian daripada jumlah kes yang dilaporkan:

  • Kategori 1: 8,267 kes (43.27 peratus)
  • Kategori 2: 10,645 kes (55.72 peratus)
  • Kategori 3: 81 kes (0.42 peratus)
  • Kategori 4: 44 kes (0.23 peratus)
  • Kategori 5: 68 kes (0.36 peratus).

Jumlah terkumpul di negara ini 3,993,124 kes.


Pengarang :