Petugas Kesihatan Selcare membuat ujian calitan ke atas peserta Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Komuniti MBPJ, Kampung Lindungan, Petaling Jaya pada 19 Jun 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jangkitan harian turun 1,900 kes kepada 22,341

SHAH ALAM, 20 MAC: Angka jangkitan Covid-19 turun 1,900 kepada 22,341 kes semalam berbanding kelmarin dengan jumlah pesakit serius masih rendah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata 99.32 peratus atau 22,188 orang dalam kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan).

“Daripada jumlah yang direkodkan, sebanyak 153 kes atau 0.68 peratus adalah dalam kategori 3, 4 dan 5,” katanya dalam kenyataan.

Majoriti pesakit dalam kategori 2, berikut pecahan kes mengikut kategori:

  • Kategori 1: 10,181 kes (45.57 peratus)
  • Kategori 2: 12,007 kes (53.75 peratus)
  • Kategori 3: 58 kes (0.26 peratus)
  • Kategori 4: 45 kes (0.20 peratus)
  • Kategori 5: 50 kes (0.22 peratus)

Jumlah terkumpul di negara ini 3,974,019 kes.


Pengarang :