Nama penyokong Selangor FC yang terkorban akibat Covid-19 diabadikan pada jersi keluaran istimewa pasukan itu.
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

Jersi Selangor FC abadi nama penyokong korban Covid-19

SHAH ALAM, 8 MAC: Pasukan Selangor FC mengabadikan nama penyokong yang terkorban akibat Covid-19 pada jersi keluaran istimewa pasukan itu, semalam.

Menerusi Facebook, Selangor FC memaklumkan jersi itu hanya dijual kepada pemegang pas bermusim 2020 dengan harga RM139.

“Jersi khas ini dihasilkan bagi memperingati dan mengabadikan nama penyokong setia Selangor FC yang telah pergi meninggalkan kita akibat Covid-19.

“Semoga semangat dan memori mereka terus menjadi sumber kekuatan kelab ini,” katanya.

Pasukan itu berkata pembelian jersi secara fizikal hanya boleh dibuat menerusi FASTC Pop Up Store bermula Jumaat ini.

“Bagi pembelian secara atas talian, peminat boleh menghubungi bahagian khidmat pelanggan di talian 016-3012778.

“Ia adalah eksklusif untuk pemegang pas bermusim 2020,” katanya.

 


Pengarang :