Orang ramai membeli pelbagai barangan keperluan dalam program Jualan Prihatin Rakyat DUN Sungai Tua di Taman Gombak Permai, Gombak pada 13 Mac 2022. Foto REMY ARIFIN SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan ayam, daging, ikan murah di empat lokasi hujung minggu ini

SHAH ALAM, 17 MAC : Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menganjurkan program jualan murah di empat lokasi pada Sabtu dan Ahad ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PKPS berkata Jualan Prihatin Rakyat diadakan Pangsapuri Kampung Aman 1, Seri Kembangan dan SP3 Saujana Puchong pada Sabtu, mulai jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Jelas Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi pada Ahad pula, jualan di depan pejabat MK Land, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung serta tapak bersebelahan Petronas, Bandar Utama Batang Kali dari 9.30 pagi hingga 1 tengah hari.

“Kita sasar jualan sebanyak RM71,800 menerusi program jualan hujung minggu ini. Setiap minggu ramai hadir dan beratur awal meskipun program belum bermula. Justeru, kita yakin sasaran mampu dicapai.

“Kita turut mengalu-alukan penduduk di sekitar Seri Kembangan, Puchong dan Hulu Selangor hadir memeriahkan program pada Sabtu dan Ahad ini,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Mengulas sama ada PKPS bercadang menambah jenis barangan jualan sepanjang Ramadan bulan depan, Dr Mohamad Khairil berkata pihaknya perlu meneliti terlebih dahulu perkara berkenaan.

“Buat masa ini kita tetap akan meneruskan program ini pada Ramadan nanti atau mungkin lebih kerap seperti disarankan EXCO Pertanian Ir Izham Hashim,” katanya.

Sebanyak 10,000 ayam, 3,100kg daging segar, 6,200kg ikan kembung dan selayang serta 315,000 biji telur gred B disasar untuk dijual sepanjang program berkenaan.


Pengarang :