Orang ramai membeli ayam pada program jualan murah melalui Lori Ehsan di Pangsapuri Sri Jati, Puchong pada 17 Februari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah diteruskan di Shah Alam, Sijangkang Sabtu ini

SHAH ALAM, 30 MAC: Jualan Prihatin Rakyat diteruskan lagi di dua lokasi pada Sabtu ini, maklum Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Lokasi berkenaan adalah di Blok 7, Perkarangan Pangsapuri Seksyen 7 di sini dan Jalan Sekolah Batu 9 Kebun Baru, Sijangkang. Jualan berlangsung serentak bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

“Ayuh ramai-ramai beli ayam, daging pejal segar, telur ayam dan ikan sejuk beku serta minyak masak paket dengan kami,” kata agensi itu di Facebook.

Program jualan murah dijalankan pada setiap hujung minggu menyasarkan 64 lokasi di seluruh negeri bagi mengurangkan beban rakyat susulan kenaikan harga barang.

Selain telur dan ayam, produk lain yang dijual termasuk daging pejal segar berharga RM35 per kilogram, ikan kembung atau selayang (RM8 per pek) dan minyak masak.


Pengarang :