Logo MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR
PBTSELANGOR

Kadar sewa tapak bazar Ramadan di Hulu Selangor kekal

SHAH ALAM, 22 MAC: Tiada kenaikan kos bagi sewaan tapak bazar Ramadan di kawasan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) tahun ini, kata yang dipertuanya.

Menurut Mohd Hasry Nor Mohd, kadar sewa kekal RM510 bagi petak bersaiz 10×12 kaki termasuk caj pemprosesan dan cagaran yang dipulangkan jika tidak melanggar syarat.

“Bagi bazar Ramadan, lesen dikeluarkan pihak majlis terus kepada peniaga. Caj adalah sama seperti sebelum ini dan tiada kenaikan seperti didakwa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata caj tambahan RM50 hanya dikenakan kepada peniaga yang menghasilkan banyak sampah seperti jualan air tebu dan kelapa, ikan bakar serta ayam panggang.

Menurutnya, caj tersebut akan digunakan bagi menampung kos pembersihan sekitar bazar demi keselesaan peniaga dan pengunjung.

Kelmarin, presiden Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia mendakwa harga sewa tapak bazar Ramadan di daerah terbabit meningkat hampir 100 peratus berbanding sebelum ini.

Datuk Norasyikin Abdul Ghani mendakwa orang ramai mengadu kenaikan melampau yang dikenakan sepanjang Ramadan iaitu RM750 bagi 10×10 kaki dan RM2,500 (20×20 kaki).

 


Pengarang :