Kakitangan KDEB Waste Management sedang membersihkan longkang di kawasan Taman Cheras Indah. Foto Facebook KDEBWM
AGENSISELANGOR

KDEBWM: Operasi bersih longkang tersumbat, elak berlaku banjir

SHAH ALAM, 19 MAC: KDEB Waste Management (KDEBWM) hari ini mengadakan operasi pembersihan longkang bagi mengurangkan risiko banjir di Taman Cheras Indah.

Menurut KDEBWM di Facebook aktiviti pembersihan di Jalan Indah 19 taman berkenaan membabitkan tujuh kakitangan agensi itu dari cawangan Ampang Jaya.

“Kerja-kerja pembersihan menggunakan ‘high pressure jetter’ membabitkan kakitangan KDEBWM Ampang Jaya bertujuan memastikan longkang di kawasan itu dalam keadaan baik dan tidak tersumbat, sekali gus mengurangkan risiko banjir,” katanya.

Justeru, agensi menghargai segala kerjasama yang diberikan oleh pihak berkaitan sepanjang kerja pembersihan itu dilakukan.

Katanya, orang ramai yang ingin membuat aduan kutipan sisa domestik dan pembersihan awam di Selangor, boleh menghubungi talian bebas tol KDEBWM di 1-800-88-2824 atau muat turun Aplikasi iClean Selangor di play store atau google play.

 

 

 


Pengarang :