ADN Kota Anggerik Najwan Halimi (kiri) dan ADN Batu Rodziah Ismail (tengah) serta ADN Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli (kanan) memotong pulut kuning sempena majlis Makan Malam sambutan Hari Wanita peringkat DUN Kota Anggerik di Kelab Shah Alam pada 20 Mac 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Kelas memasak, kraf tangan bantu wanita jana pendapatan sejak PKP

SHAH ALAM, 21 MAC: Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik menjalankan pelbagai program dan aktiviti bagi membantu wanita menjana ekonomi.

Wakil rakyatnya berkata inisiatif bersama Pusat Wanita Berdaya (PWB) lebih dua tahun lalu ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) membantu golongan itu menambah pendapatan.

Menurut Najwan Halimi, antara program dianjurkan ialah kelas memasak dan bengkel kraf tangan yang disertai lebih 150 wanita berkerjaya, suri rumah, mahasiswa dan ibu tunggal.

“Kita beri mereka ilmu, pendedahan mengenai sesuatu produk dan kemudian produk itu kemudian dijual secara tidak langsung menjana ekonomi kepada mereka.

“Kita juga beri pendedahan mengenai dunia digital iaitu kaedah memasarkan produk dalam talian seperti ketika PKP sebelum ini,” katanya pada Majlis Makan Malam sempena Hari Wanita anjuran DUN Kota Anggerik di Kelab Shah Alam malam tadi.

ADN Kota Anggerik Najwan Halimi memberi bunga kepada wanita yang hadir pada majlis Makan Malam sambutan Hari Wanita di Kelab Shah Alam pada 20 Mac 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Seramai 150 wanita diraikan pada majlis tersebut yang turut dihadiri Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga Rodziah Ismail dan ADN Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli.

Najwan berkata mereka yang hadir memiliki pelbagai latar belakang dan lokaliti berbeza selain bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan bersama PWB.

“Ini adalah penghargaan kepada mereka dan kita harap mereka dapat bersilaturahim antara satu sama lain kerana masing-masing dari lokaliti berbeza,” katanya.


Pengarang :