Air Selangor pembekal tunggal perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kerja baiki paip pecah di Seri Andalas selesai, bekalan air mula disalur

SHAH ALAM, 1 MAC: Kerja pembaikan paip di Jalan Seruling 59, Taman Seri Andalas Klang siap dilaksanakan pada 2 pagi tadi, menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Susulan itu agensi memberitahu bekalan air ke kawasan terjejas sudah disalurkan namun tempoh masa pemulihan setiap kawasan berbeza bergantung kepada lokasi dan jarak premis.

“Bekalan di 11 kawasan terjejas dijangka pulih sepenuhnya 4 petang ini. Bagaimanapun lori tangki masih digerakkan terutama ke premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengkebumian.

“Pengguna diharap mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Orang ramai disarankan merujuk saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 bagi sebarang pertanyaan dan aduan.

Semalam agensi terpaksa menutup bekalan air di Bandar Putera 2, Bandar Puteri, Jalan Bendahara, Jalan Bentara, Jalan Laksamana dan Jalan Raja Nong bagi memastikan kerja pembaikan paip pecah berjalan lancar.

Bekalan turut ditutup di kawasan Jalan Seri Sarawak, Jalan Sungai Jati, Jalan Temenggung, Taman Rakyat dan Taman Sentosa.


Pengarang :