Tinjauan ke tapak Kolam Bohol pada 28 Mac 2022 untuk melihat kerja-kerja pedalaman kolam. Foto Facebook Ng Sze Han
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Kerja mitigasi banjir Taman Kinrara giat dijalankan, siap Jun depan

SHAH ALAM, 28 MAC: Kerja-kerja mitigasi banjir di Taman Kinrara dijangka siap Jun depan.

Wakil rakyat Kinrara berkata kerja pengukuhan dan penstabilan tebing Sungai Kuyoh sepanjang 300 meter sedang giat dilakukan.

“Kita telah turun ke tapak Kolam Bohol pagi tadi untuk menyaksikan kerja-kerja pedalaman kolam yang semakin cetek dan sempit.

“Terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur kerana telah memulakan kerja pengorekan Kolam Bohol,” kata Ng Sze Han di Facebook.

Beliau yang juga EXCO kerajaan tempatan berharap usaha pedalaman kolam dan pengukuhan tebing itu dapat mengelakkan banjir di Taman Kinrara pada masa depan.

Dalam Sidang Dewan Negeri Selangor pada 18 Mac lalu, Sze Han menyarankan pihak berkuasa tempatan (PBT) menggunakan teknologi yang dirangka sesuai bagi mitigasi banjir pada masa depan.

Beliau berkata ketika ini Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sedang melaksanakan pelan tindakan masing-masing untuk mengatasi bencana.

Tinjauan ke tapak Kolam Bohol pada 28 Mac 2022 untuk melihat kerja-kerja pedalaman kolam. Foto Facebook Ng Sze Han

Pengarang :