Ketua pembangkang yang juga Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di Dewan Rakyat pada 1 Mac 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Ketua pembangkang positif Covid-19, kuarantin tujuh hari

KUALA LUMPUR, 21 MAC: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan positif COVID-19 hasil ujian Rt-PCR yang dijalankan di Parlimen hari ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Sulit kepada Ketua Pembangkang Shukri Saad.

“Datuk Seri Anwar akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Menerusi tatacara operasi piawai (SOP) yang ditetapkan, semua Ahli Parlimen serta pegawai bertugas diwajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 berkala pada setiap Isnin dan Rabu sepanjang tempoh persidangan bagi mengawal penularan COVID-19.

– BERNAMA


Pengarang :