Vaksin jenis Sinovac yang diberikan kepada salah seorang peserta program vaksin bergerak di Kuala Lumpur pada 24 Julai 2021. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

KKM minta ambil dos penggalak segera, elak status vaksin tidak lengkap

SHAH ALAM, 28 MAC: Penerima vaksin primer Sinovac berusia 18 tahun ke atas dan warga emas berumur 60 tahun ke atas diminta segera mendapatkan dos penggalak sebelum 1 April ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata status vaksinasi untuk dua golongan itu akan bertukar tidak lengkap pada aplikasi MySejahtera jika gagal berbuat demikian.

Jelas KKM penukaran status itu bagaimanapun tidak melibatkan penerima dos lengkap Pfizer, AstraZaneca dan CanSino berusia 18 tahun ke atas.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 24 Mac lalu memberitahu dua juta penerima vaksin Sinovac yang tidak mengambil dos penggalak dijangka hilang status lengkap vaksinasi pada 1 April ini.

Sebelum ini KKM meminta penerima Sinovac dan warga emas berusia 60 tahun ke atas diminta mendapatkan suntikan dos penggalak sebelum 1 Mac.

KKM kemudian melanjutkan lagi tempoh berkenaan sehingga 31 Mac bagi golongan berkenaan mendapatkan suntikan dos penggalak.


Pengarang :