Penduduk taman keluar melihat kerja meninggikan ban bagi mengelak air sungai melimpah dan mengakibatkan banjir berikutan hujan lebat ketika tinjauan di Pintu Kunci Air Taman Sri Muda Seksyen 25 Shah Alam pada 7 Mac 2022. Foto BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Kuala Selangor, Klang diramal ribut petir dan hujan hingga 11 pagi

SHAH ALAM, 22 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan dua daerah di Selangor sehingga 11 pagi ini.

Agensi menerusi Twitter memaklumkan keadaan tersebut diramalkan berlaku di Kuala Selangor dan Klang.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :