EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han menjawab soalan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Keempat Belas Tahun 2022 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 21 Mac 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Lantik KDEBWM urus sisa industri secara efisien

SHAH ALAM, 21 MAC: Pengusaha kilang dan kawasan industri di negeri ini perlu melantik KDEB Waste Management (KDEBWM) untuk menguruskan sisa tidak berjadual.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata langkah itu bagi memastikan sisa dilupuskan secara efisien sekali gus menyelesaikan isu tapak pembuangan sampah haram.

“KDEBWM akan melantik subkontraktor untuk menguruskan sisa di tapak pelupusan sampah haram. Mereka ini dilengkapi peralatan atau gajet bagi memudahkan pemantauan pembuangan sampah,” katanya.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Ijok Dr Idris Ahmad berhubung lantikan KDEBWM dalam menguruskan sisa pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Sze Han menambah lantikan anak syarikat Kerajaan Negeri itu bukan hukuman kepada pengusaha kilang, sebaliknya untuk memastikan sampah di premis dilupuskan di tempat yang betul.

“Kita dapati kebanyakan sisa di tapak pelupusan sampah haram melibatkan industri dan komersial. Jika kita tidak gunakan kaedah ini, ia tidak dapat mengesan punca sampah,” katanya lagi.

 


Pengarang :