Wakil Lembaga Zakat Selangor menyerahkan bantuan bekalan makanan kepada asnaf di perkampungan Orang Asli di Sungai Buloh. Foto Facebook LZS.
AGENDA AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

LZS: Lima keluarga asnaf positif Covid-19 terima bantuan makanan

SHAH ALAM, 12 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) baru-baru ini mengagihkan bantuan bekalan makanan kepada lima keluarga asnaf di perkampungan Orang Asli Sungai Buloh.

Menurut Facebook LZS, agihan itu dibuat selepas menerima maklumat daripada Penggerak Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Buloh.

“Kami menerima maklumat daripada Penggerak KOA Sungai Buloh bahawa ada lima keluarga asnaf di perkampungan Orang Asli Sungai Buloh terputus bekalan makanan kerana sedang menjalani kuarantin di rumah disebabkan positif Covid-19.

“Justeru, Zakat Selangor bersama pihak Amil Kariah telah menyantuni keluarga ini dengan memberikan barangan keperluan makanan bagi meringankan beban dan ujian yang dihadapi mereka.

“Kami mendoakan dan berharap agar keluarga yang terlibat ini diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik selepas ini. Amin,” katanya.

 

 

 


Pengarang :