Setiausaha Mais Dr Ahmad Shahir Makhtar (enam, kiri) menyerahkan bantuan pascabanjir kepada Majlis Agama Kelantan dan Terengganu di Masjid Kampung Menerong, Ajil, Terengganu pada 18 Mac 2022. Foto ihsan Mais
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mais sumbang RM300,000 untuk mangsa bah Kelantan, Terengganu

SHAH ALAM, 19 MAC: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) semalam menyumbang RM300,000 kepada penduduk Kelantan dan Terengganu yang terkesan banjir bulan lalu.

Bantuan dana melibatkan Baitulmal Mais dan Lembaga Zakat Selangor manakala Yayasan Islam Darul Ehsan dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd membekalkan pek makanan asas.

“Sumbangan ini sebagai tanda solidariti antara Majlis Agama Islam Negeri-Negeri bagi menyantuni mangsa banjir,” kata Setiausaha Mais Dr Ahmad Shahir Makhtar dalam kenyataan.

Bantuan diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dengan masing-masing menerima RM150,000.

Sebelum ini, Mais dan anak syarikatnya menyumbang RM38.1 juta bagi membantu mangsa banjir di Selangor dalam kejadian 17 Disember tahun lalu.

 


Pengarang :