Sukarelawan Zainuddin Osman membantu membersihkan Sekolah Kafa dan Intergrasi yang dipenuhi lumpur akibat dilanda banjir di Kampung Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang, Kuala Langat pada 26 Disember 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Bantuan baik pulih sekolah dibuka sehingga 31 Mac

SHAH ALAM, 17 MAC: Program Bantuan Sekolah Selangor kini dibuka sehingga 31 Mac, maklum Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program itu menawarkan bantuan membaik pulih infrastruktur atau membiayai pembinaan struktur baharu.

Menurut beliau usaha itu bukti Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan agenda pendidikan di Selangor.

Menerusi poster dikongsi beliau di Facebook, permohonan boleh dibuat oleh pihak sekolah, lembaga pengelola serta Persatuan Ibu Bapa (PIBG) sekolah menerusi laman sesawang www.ssipr.selangor.gov.my

Berikut sekolah yang layak memohon:

– Sekolah agama rakyat / sekolah agama integrasi (berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor)
– Maahad integrasi tahfiz sains
– Sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC)
– Sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT)
– Sekolah menengah jenis kebangsaan (SMJK) termasuk sekolah menengan persendirian
– Sekolah mubaligh


Pengarang :