Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) diiringi Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin (kanan) dan Mohd Zawawi Ahmad Mughni (kiri) melihat pelbagai barangan di tapak jualan Senyuman Syawal selepas merasmikan Kempen Senyuman Syawal dan Mydin Prihatin Syawal 2022 di pasar raya Mydin USJ, Subang Jaya pada 24 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MB puji usaha Mydin bantu golongan susah sambut Ramadan, Aidilfitri

SUBANG JAYA, 24 MAC: Dato’ Menteri Besar memuji usaha berterusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) membantu golongan susah menjelang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif melalui kempen Senyuman Syawal dan Mydin Prihatin Syawal seiring usaha Kerajaan Negeri mewujudkan komuniti cakna.

“Tahniah Mydin kerana sentiasa prihatin dan berusaha menawarkan harga yang amat berpatutan kepada masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah sejak ditubuhkan 65 tahun lalu.

“Kita amat berharap sokongan dan kerjasama syarikat korporat seperti Mydin untuk bersama kita bagi membantu mereka yang memerlukan,” katanya selepas merasmikan kempen itu di USJ hari ini.

Hadir sama hadir EXCO Hal Ehwal Pengguna Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Pengarah Urusan Mydin Datuk Wira Ameer Ali Mydin.

Pengunjung memilih aneka kuih raya sempena jualan Senyuman Syawal di pasar raya Mydin USJ, Subang Jaya pada 24 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Sebanyak 51 jenama rakan pembekal strategik rangkaian pemborong dan peruncit halal terbesar tempatan itu mengambil bahagian dalam kempen Mydin Prihatin untuk mengumpul dana RM300,000.

Sejumlah 5 sen hingga RM1 disalurkan bagi setiap pembelian produk terpilih di seluruh cawangan Mydin mulai 1 Mac hingga 22 Mei untuk diagihkan kepada asnaf, rumah kebajikan, warga emas dan anak yatim.

Kempen Senyuman Syawal pula meliputi jualan kepada orang ramai sempena sambutan perayaan itu.

 

 

 

 


Pengarang :