Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama peserta yang hadir ketika Program Jelajah Usahawan Digital Selangor 2022 di Dewan Beringin, Gombak pada 19 Mac 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALSELANGOR

MB: Sekolah digital dilancar Ogos ini, sedia tenaga mahir penuhi pasaran kerja

GOMBAK, 19 MAC: Kerajaan Negeri akan melancarkan Sekolah Digital Selangor (SDS) pada Ogos ini dan buat permulaan ia akan membabitkan 250 pelajar.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pengambilan dibuka kepada individu yang berminat mengasah bakat dan kemahiran dalam bidang ekonomi digital.

“Kita menyasarkan sekurang-kurangkan 500 individu tetapi pada peringkat permulaan pengambilan akan membabitkan 250 ke 300 pelajar.

“Pengambilan pula mungkin dibuat dalam tempoh setiap enam bulan ke setahun,” katanya.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri berharap penubuhan SDS ini akan dapat melahirkan lebih ramai bakat dan pekerja mahir dalam bidang digital, sekali gus mengurangkan jurang dalam pasaran pekerjaan ekonomi dgital.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Jelajah Usahawan Digital Selangor 2022 di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak di sini hari ini.

Kakitangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membantu peserta memohon sijil dan perbaharui secara atas talian ketika Program Jelajah Usahawan Digital Selangor 2022 di Dewan Beringin, Gombak pada 19 Mac 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2022 lalu, Amirudin mengumumkan penubuhan SDS dengan kerjasama Universiti Selangor (Unisel) dan hab pembelajaran antarabangsa The Hive.

Penubuhannya dilaksanakan menerusi Perbadanan Teknologi Maklumat & Ekonomi Digital Selangor (Sidec).

SDS bakal menawarkan kursus berkaitan digital dan teknologi bagi memenuhi keperluan pasaran pekerjaan digital pada peringkat sijil, diploma sehingga ijazah sarjana.

Penjana Nasional dijangka beri pelaburan sepadan dengan Kerajaan Selangor dan The Hive, selain turut menawarkan tenaga pengajar, pembinaan sistem pembelajaran hibrid terkini serta pemasaran digital yang lebih kondusif.


Pengarang :