Pasukan Serdang Angels menjulang trofi kejuaraan Liga Ragbi Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor-Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) selepas menewaskan pasukan Koba Rc ketika perlawanan akhir di Padang Ragbi A, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada 19 Mac 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGORSUKANKINI

MBI: Dana RM15,000 bantu persiapan KRS hadapi Sukma

SERDANG, 19 MAC: Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) hari ini menerima sumbangan RM15,000 daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua tanggungjawab sosial korporat MBI, Ahmad Azri Zainal Nor kepada kepada Presiden Kesatuan Ragbi Selangor, Syed Aldrin Syed Ahmad Kabeer.

Menurut Ahmad Azri, sumbangan itu bertujuan membantu persiapan KRS bagi menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur nanti.

“Sumbangan ini bertujuan membantu pembangunan sukan ragbi di Selangor terutama sekali dalam menyediakan skuad ragbi untuk Sukma tidak lama lagi.

“Ini adalah antara program CSR MBI dalam bentuk sumbangan kepada bidang sukan dan sebelum ini kita ada memberi bantuan kepada sukan bola sepak dan kini untuk ragbi,” katanya.

Majlis penyerahan sumbangan dijalankan di padang ragbi Universiti Putra Malaysia (UPM) sempena perlawanan akhir Liga Ragbi MSNS – KRS 2022.

Serdang Angles berjaya menjuarai perlawanan itu selepas menewaskan mengalahkan Koba RC 34-19.

 

 


Pengarang :