Bekas atlet olahraga paralimpik kebangsaan Mohd Raduan Emeari dan ibuny, Normah Hassan melihat barangan keperluan harian yang diterima sumbangan CSR MBI di Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor pada 10 September 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MBI peruntuk RM18 juta laksana program CSR tahun ini

SHAH ALAM, 16 MAC: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk RM18 juta untuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahun ini.

Aktiviti tetap termasuk ternakan korban, mahabbah haji dan program tuisyen rakyat dengan belanja RM6 juta, jelas Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari

“Program CSR bergantung kemampuan MBI dan jumlah peruntukan tidak tetap. Bagaimanapun, program CSR ini perlu seimbang dengan infrastruktur,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Menjawab soalan wakil rakyat Hulu Kelang Saari Sungib, Amirudin memaklumkan terdapat dua kriteria ditetapkan untuk CSR iaitu dana MBI dan wakalah zakat MBI.

Jelasnya, bantuan bawah kriteria itu termasuk pendidikan, syariat dan syiar Islam, pendemokrasian dan pembangunan komuniti, banjir, perayaan bukan Islam, sukan, alam sekitar serta seni dan budaya.

Tahun lalu, anak syarikat Kerajaan Negeri itu membelanjakan RM28 juta bagi melaksanakan program kebajikan dan inisiatif memerangi Covid-19.

MBI turut mengagihkan RM2.8 juta bagi membantu mangsa banjir dan sumbangan kepada Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit.


Pengarang :