Pengarah Operasi Yayasan Rose Yam Mun Li memberi penerangan kepada peserta ketika program Ujian PCR HPV Percuma Untuk Saringan Barah Pangkal Rahim di Dewan Komuniti MBPJ Damansara Damai, Petaling Jaya pada 13 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MBPJ, Yayasan Rose anjur program saringan barah pangkal rahim percuma

SHAH ALAM, 17 MAC : Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjurkan program saringan barah pangkal rahim secara percuma di Dewan Sivik MBPJ, esok.

Unit Komunikasi Korporat MBPJ menerusi kenyataan memaklumkan program dengan kerjasama badan bukan kerajaan Yayasan Rose bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Program ini diadakan bertujuan memberi kesedaran dan menggalakkan golongan hawa sentiasa prihatin terhadap penjagaan kualiti tahap kesihatan masing-masing terutama berkaitan barah serviks.

“Justeru, ujian pangkal rahim ini adalah cara utama dan penting untuk mengesan penyakit itu pada peringkat awal sekali gus mencegah terjadinya barah tahap empat,” maklum MBPJ.

Tambahnya, wanita juga boleh membuat pemeriksaan secara kendiri melalui ujian Virus Papiloma Manusia (HPV) yang merupakan kaedah terkini lebih efisien dan memudahkan.

“Persampelan sendiri ini membolehkan wanita berada dalam keadaan selesa dengan perasaan selamat tanpa malu waktu ujian,” katanya.


Pengarang :