Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan Shah Alam On Wheels di lokasi tertentu pada hujung minggu untuk kemudahan orang ramai berurusan. Foto Facebook MBSA
AGENDAPBTSELANGOR

MBSA: Pejabat bergerak beroperasi di Plaza Masalam pada Sabtu ini

SHAH ALAM, 31 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengadakan pejabat bergerak ‘Shah Alam On Wheels’ di Plaza Masalam Seksyen 9 di sini, pada Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA berkata pejabat bergerak itu akan beroperasi dari jam 11 pagi hingga 5 petang di perkarangan tempat letak kereta pusat beli belah berkenaan.

“Perkhidmatan Shah Alam On Wheels adalah platform yang disediakan oleh pihak MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter,” kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pejabat bergerak ini akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta serta kaunter aduan.

“Melalui perkhidmatan ini, pihak MBSA berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat,” katanya.


Pengarang :