Poster Anugerah Sekolah Hijau 2022 anjuran MPKj. Foto Facebook MPKj
AGENDAPBTSELANGOR

MPKj: Anugerah Sekolah Hijau 2022 galak usaha pelihara alam sekitar

SHAH ALAM, 20 MAC: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengambil inisiatif menganjurkan program Anugerah Sekolah Hijau 2022 sebagai salah satu usaha memelihara alam sekitar.

MPKj memaklumkan program itu terbuka kepada semua sekolah di kawasan pentadbirannya dengan penyertaan terbahagi kepada dua kategori iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah.

Katanya, pemenang anugerah akan meraih hadiah wang tunai RM1,000 bagi tempat pertama, RM800 (kedua), RM500 (ketiga), RM300 (keempat) dan RM200 (kelima), selain piala serta sijil.

“Borang penyertaan dan maklumat mengenai anugerah boleh dirujuk melalui imbasan QR code yang tertera. Jangan lupa hantar borang penyertaan anda pada atau sebelum 29 April 2022,” katanya di Facebook.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Oktober ini dan proses penilaian akan diadakan pada November depan, manakala tarikh penyampaian hadiah dijadualkan Disember 2022.

Sementara itu, berdasarkan maklumat selepas imbasan kod QR, pihak sekolah dikehendaki mengemukakan laporan aktiviti berkaitan ciri-ciri sekolah hijau serta video berkaitan dalam durasi 10 minit.

Sebanyak lima kriteria penilaian diambil kira dalam menentukan pemenang iaitu kitar semula, inovasi dan kreativiti, kebersihan, penghijauan dan persembahan iaitu laporan video.


Pengarang :